suria

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat F1

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

PUTRAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan F1, nombor baharu bagi Putrajaya.

Baginda membida nombor kenderaan itu dengan nilai RM836,660.

Keputusan bidaan nombor pendaftaran siri F berkenaan ditampal di Bahagian Pelesenan Kenderaan, Aras 3, Kementerian Pengangkutan di sini Jumaat.

Keputusan itu menyenaraikan "DYMM Sultan Ibrahim" sebagai pemenang nombor pendaftaran F1.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan sebelum ini, menyatakan menerima sebanyak 11,683 tempahan bagi nombor pendaftaran siri F.

Nombor pendaftaran siri F dibuka untuk tempahan pada 1 Jun lepas dan ditutup pada 12 tengah hari, 14 Jun.

Menurut JPJ, jumlah tempahan siri F itu merupakan kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.

Sultan Johor sebelum ini, juga berjaya membida nombor kenderaan W1N bernilai RM748,000 pada 2014 dan WWW1 dengan bidaan RM520,000 pada 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain