suria

Keselamatan Di KLIA, Klia2 Ditingkatkan - Liow

SEPANG: Kawalan keselamatan di pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) telah ditingkatkan ke tahap amber sejak Mac, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, orang ramai dan penumpang tidak seharusnya bimbang susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antartuk di Istanbul kerana pihak berkuasa Malaysia menguasai sepenuhnya keselamatan di KLIA dan klia2.

Tahap keselamatan di kedua-dua lapagan terbang telah ditingkatkan ke amber berikutan insiden pengeboman di lapangan terbang Brussels pada Mac, kata beliau.

"Kami mengekalkan tahap keselamatan di petringkat amber sehingga sekarang hasil kerjasama polis dan polis bantuan di kedua-dua lapangan terbang.

"Tidak perlu bimbang. Jangan panik terhadap situasi. Di Malaysia, kami menguasai sepenuhnya keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan walkalator iWalk di klia2 di sini Jumaat.

Liow bagaimanapun meminta orang ramai memaklumkan kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) jika mereka mmenemui bagasi atau barang-barang yang mencurigakan.

"Kerjasama awam amat diperlukan. Kita mahu orang ramai memberi maklumat. Jika ada mana-mana bagasi yang mencurigakan, sila maklumkan kepada kakitangan  MAHB supaya kita boleh cepat bertindak," katanya.

IWalk adalah inisiatif untuk memendekkan masa berjalan kaki untuk penumpang yang berlepas dan tiba sehingga 35 peratus berbanding sebelum pemasangan walkalator baharu itu.

IWalk ialah sebahagian daripada 28 walkalator baharu yang dipasang selepas pembukaan klia2 pada 2014 untuk memberi lebih keselesaan dan kemudahan untuk penumpang yang tiba dan berlepas.

Selain pemasangan walkalator, Liow berkata klia2 juga menyediakan perkhidmatan buggy secara percuma kepada penumpang dengan sebanyak 25 unit buggy disediakan. - BERNAMA

Iwalk, KLIA, klia2, tahap keselamatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain