suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Julai Cuti Khas Raya Di Johor

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Kerajaan Johor mengumumkan 10 Julai sebagai cuti khas bagi  penjawat awam di negeri itu sekiranya Hari Raya jatuh pada 6 Julai.

Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Khaled Nordin bersetuju untuk menggantikan cuti khas kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam yang dicadangkan pada 8 Julai kepada 10 Julai ini.

Ini kerana 8 Julai jatuh pada hari Jumaat iaitu cuti rehat hujung minggu di Johor.

Difahamkan kerajaan bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan jika Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Namun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

cuti khas Raya, Johor

Artikel Sebelum

Artikel Lain