suria

Enam Direman Kes Bunuh Bill Kayong

MIRI: Polis menahan enam suspek berhubung kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong, yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Lutong pada 21 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar Sree Shunmugam berkata, suspek ditahan terdiri daripada lima lelaki dan seorang suspek wanita yang berusia antara 22 dan 41 tahun, ditahan pada Khamis malam dan pagi Jumaat.

"Mereka direman selama tujuh hari untuk disoal siasat," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pasukan petugas khas tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut ketika ini kerana tidak mahu menganggu siasatan.

Kayong, 43, yang tewas dalam perebutan kerusi Bekenu pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lalu, ditembak oleh individu tidak dikenali semasa berada di dalam kereta di persimpangan lampu isyarat pada pukul 8.30 pagi 21 Jun. - Bernama

Bill Kayong

Artikel Lain