suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat Awam Sarawak Diberi Cuti Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada 6 Julai

KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan mendapat satu hari cuti iaitu pada 8 Julai (Jumaat) jika Hari Raya jatuh pada 6 Julai.

Pejabat ketua menteri berkata ini selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang memberikan cuti khas kepada pekerja sekiranya hari raya pertama jatuh pada 6 Julai.


"Berhubung kenyataan Ketua Setiausaha Negara mengenai pemberian cuti khas kepada kakitangan awam persekutuan pada 8 Julai, ketua menteri telah bersetuju bahawa kakitangan perkhidmatan awam negeri mengikut keputusan kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata cuti khas itu hanya terpakai jika Hari Raya pertama jatuh pada 6 Julai.


Beliau berkata cuti tambahan itu akan membolehkan kakitangan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan mendorong mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai apabila mereka kembali bekerja.
cuti raya, KSN, penjawat awam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain