suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan Bom, Polis Akan Panggil Rafizi

Rafizi Ramli.

KUALA KANGSAR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataan berkaitan bom yang dibuat dalam satu ceramah baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

"Masih dalam siasatan. Sehingga kini, kita masih belum memanggilnya untuk disoal siasat. Tetapi kita akan panggil beliau.

"Walaupun beliau bergurau, ia masih satu ancaman," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Tun Salleh di kuarters Balai Polis Kuala Kangsar pada Selasa.

Dalam kempen Amanah pada 9 Jun lalu, Rafizi semasa ucapannya mahu calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar membuat sebutir bom atom untuk dibaling ke dalam Parlimen dan diletupkan.

Abdul Rahim mengingatkan ahli politik dan parti bertanding pada PRK itu agar tidak mencetuskan provokasi antara satu sama lain semasa kempen dan membangkitkan isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Rafizi Ramli, PKR, bom, PRK Kuala Kangsar

Artikel Berikut

Artikel Lain