suria

Kenaikan Tol: Belum Ada Keputusan Muktamad - PSKLM

KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat setakat ini berhubung kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara ini.

Naib Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Sazally Said berkata rundingan berhubung perkara ini masih lagi berjalan.

"Berdasarkan Perjanjian Konsesi memang terdapat beberapa lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol pada tahun ini.

"Bagaimanapun, rundingan antara syarikat konsesi dan pihak kerajaan masih lagi berlangsung," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang menyebut kerajaan akan membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara ini.

Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),  Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB). - BERNAMA

kenaikan tol

Artikel Sebelum

Remaja Maut Dipukul

Artikel Berikut

Artikel Lain