suria

Jadi Seperti Putin, Isi Petrol Sendiri - Bung

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata semua pemimpin di negara ini perlu mencontohi Presiden Rusia Vladimir Putin dalam melaksanakan tugas mudah seperti mengepam petrol dengan sendiri.

Bung memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Putin sedang mengisi petrol untuk keretanya dengan ayat berbunyi: "Lihat lelaki ini, bolehkah semua VVIP kita melakukan apa yang dilakukan presiden Rusia ini?"

"Pemimpin kita perlu melakukan kerja mudah supaya rakyat akan menyenangi anda," kata Bung ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Beliau berkata pemimpin harus dilihat melakukan tugas harian dengan sendiri sama seperti individu biasa.

"Saya mengisi petrol dengan sendiri sejak sekian lama terutama apabila saya berada di kawasan saya (Kinabatangan) dan berjalan di kampung.

"Saya seperti kebanyakan orang biasa," katanya.

Artikel Lain