suria

RUU Persendirian: Komponen BN Jangan Salah Faham - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak salah faham mengenai Rang Undang-Undang  (RUU) Persendirian berkaitan hudud yang akan dibentangkan di Parlimen.

Perdana Menteri berkata, peruntukan yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bukan pindaan undang-undang hudud.

"Kita sudah beritahu rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN), ada salah faham besar bila Datuk Seri Hadi Awang bawakan RUU Persendirian itu mereka pandang bahawa dia bawa undang-undang hudud.

"Label dan kaitan itu terlalu rapat dengan soal hudud, bila dia (Abdul Hadi) bangkit tu kira automatik hudud. Saya nak terangkan bahawa pindaan tersebut tidak merupakan undang-undang hudud," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Najib menjawab pertanyaan mengenai tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong yang meletakkan jawatan dan keluar parti 'sehingga isu RUU Persendirian ini berubah haluan', Jumaat.

Najib menjawab pertanyaan mengenai tindakan Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong yang meletak jawatan dan keluar parti pada Jumaat 'sehingga isu RUU Persendirian ini berubah haluan'.

Najib yang juga Presiden Umno menjelaskan apa yang dibentangkan Abdul Hadi adalah satu peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu.

"Ini dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah melibatkan orang Islam sahaja, tak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam.

"Cara sebatan dalam Islam pun tak sampai mencederakan atau melukakan. Kaedahnya terbatas dari segi cara nak mengenakan hukuman sebatan," katanya.

Najib dalam pada itu turut menegaskan bahawa apa yang dibentangkan oleh Abdul Hadi tidak begitu mudah dilaksanakan kerana ia memerlukan kelulusan daripada Majlis Agama Islam negeri, Majlis Raja-Raja dan pindaan undang-undang di Parlimen.

Tambahnya, perkara ini juga perlu mengambil kita kepentingam rakyat serta konsensus parti.

"Kalau nak pinda undang-undang, sebagai sebuah parti sudah tentu kita terikat dengan konsensus parti.

"Prinsip tersebut adalah prinsip yang kita terima pakai," katanya.

Najib Tun Razak, Hudud, BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain