suria

Tiada Paksaan PKR Sokong Amanah Atau PAS - Khalid Samad

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan memaksa PKR memilih antara parti itu atau PAS dalam pilihan raya akan datang, demikian menurut pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, Amanah memahami dilema yang dihadapi PKR jika mereka bertanding melawan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Katanya PKR dan PAS perlu bekerjasama dalam kerajaan negeri Selangor dan  hubungan ini boleh terjejas jika PKR menyokong Amanah selaku rakan sekutu Pakatan Harapan pada pilihan raya itu nanti.

"Kita (Amanah) memahami dilema dan kesukaran yang dihadapi PKR, terutamanya di Selangor kerana mereka berada dalam kerajaan bersama-sama dengan PAS," kata Khalid.

Beliau berkata Amanah akan faham jika PKR memutuskan untuk tidak menggerakkan jentera mereka sepenuhnya bagi membantu Amanah dalam kempen pilihan raya.

"Kami tidak mahu memaksa PKR untuk memilih antara kami dengan PAS," katanya.

PKR, Amanah, PAS

Artikel Lain