suria

Perunding Nafi Beli Data Deklarasi Rakyat

Syarul Ema Rena bersama abangnya Syarul Emy, 37, pada sidang media di Jalan Klang Lama pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Seorang perunding menafikan dakwaan bahawa dia membeli pangkalan data yang mengandungi nama-nama palsu untuk digunakan dalam petisyen Deklarasi Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, Syarul Ema Rena Abu Samah, yang juga dikenali sebagai Ratu Naga, bersumpah menggunakan al-Quran bahawa dia pernah menghubungi pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, 30, dengan niat untuk membeli nama daripada pangkalan data dengan harha RM5,000.

"Saya tidak pernah menghubunginya. Saya tidak pernah berkomunikasi dengan dia," katanya.

Pada Khamis, Azharuddin mengaku dalam satu akuan bersumpah yang dibacakan kepada pemberita bahawa telah menjual 1.2 juta tandatangan yang dikatakan diperolehi daripada pangkalan data pengundi yang kemudiannya dipalsukan untuk digunakan dalam Deklarasi Rakyat.

Deklarasi Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Lain