USM Tidak Tawar Diploma Bekam - Semasa | mStar

USM Tidak Tawar Diploma Bekam

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah menawarkan pengajian akademik peringkat diploma tentang bekam seperti yang diviralkan di media sosial.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM Mohamad Abdullah berkata sebarang tawaran program akademik perlu melalui kelulusan Senat USM.

"Malah program-program diploma eksekutif sekali pun perlu melalui kelulusan universiti jika dibuat oleh mana-mana pihak termasuk dalam penggunaan logo rasmi USM," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, katanya USM sedang meneliti dan menyiasat perkara itu dan berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan sebarang dakwaan yang dibuat mana-mana pihak terutama dalam penawaran program akademik universiti.

USM kesal dengan pelbagai dakwaan yang dibuat dan berharap penyebaran maklumat seperti itu akan dihentikan segera, katanya.-- Bernama

USM , bekam , Mohamad Abdullah

Artikel Berikut

Lebih Artikel