Pertimbang Nama Baharu Lebih Sesuai Untuk JPAM - Shahidan - Semasa | mStar

Pertimbang Nama Baharu Lebih Sesuai Untuk JPAM - Shahidan

Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang nama yang lebih sesuai berikutan penjenamaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berbanding nama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) yang dicadangkan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beberapa nama lain yang dicadangkan akan dibincangkan sebelum keputusan dibuat.

"Macam-macam cadangan yang dibuat, saya akan maklumkan cadangan yang disebutkan dan yang penting nama ini sesuai dengan perubahan baharu yang kita dibawa.

"Antara cadangan yang dikemukakan kepada saya ialah APM dan PERTAMA," katanya ketika menggulung perbahasan RUU Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Terdahulu, pada sesi perbahasan RUU tersebut, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) berkata beliau tidak bersetuju dengan nama baharu itu dan meminta kerajaan menggunakan nama lain yang membawa konotasi lebih membina.

"Saya tidak menolak sepenuhnya cadangan nama baharu ini namun bagi saya nama yang lebih signifikan perlu digunakan supaya JPAM lebih dihormati," katanya.

Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pula bersetuju dengan nama APAM kerana ia mudah diingati.

Pindaan RUU tersebut antaranya bagi menyediakan perlindungan hak pekerja untuk mana-mana sukarelawan atau anggota tambahan bagi pasukan itu yang tidak hadir daripada pekerjaan biasa beliau atas sebab menjalankan tugas yang berkaitan dengan pertahanan awam.

Ia memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh memohon untuk menyertai kor kadet.

RUU itu kemudiannya diluluskan tanpa pindaan. - BERNAMA

JPAM , APAM , Shahidan Kassim

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain