suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Remaja Ditemui Mati Lemas Di Sungai Besar

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam parit di jalan Sungai Panjang, Sungai Besar, Sabak Bernam, petang Khamis.

Mohd Ridzuwan Jamhari dan Muhammad Salman Rahmat dikatakan bermain di kawasan parit itu sebelum terjatuh ke dalam parit berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.31 petang.

"Mayat Mohd Ridzuwan ditemui pada pukul 5.50 petang dan mayat Muhammad Salman pula tiga minit kemudian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar telah hantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat.  - BERNAMA

lemas, Sungai Besar

Artikel Lain