suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Berpatah Balik Susulan Ancaman Bom

PETALING JAYA: Sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan yang mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini, pada pukul 7.39 malam.

"Selepas beberapa minit berlepas, pihak lapangan terbang menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

"Individu berkenaan memberitahu yang terdapat bahan letupan di dalam pesawat itu dan menara kawalan mengarahkan pesawat berkenaan berpatah balik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata pesawat itu mendarat di lapangan terbang tersebut dan ditempatkan di kawasan khas sebelum diperiksa oleh unit bom polis.

"Pemeriksaan mendapati tiada bom ditemui seperti yang didakwa," katanya sambil menambah polis akan mengesan individu yang membuat panggilan itu. - BERNAMA

Artikel Lain