Gara-Gara Dua Batu Permata, Peniaga Wanita Rugi Barang Kemas RM50,000 - Semasa | mStar

Gara-Gara Dua Batu Permata, Peniaga Wanita Rugi Barang Kemas RM50,000

BESUT: Seorang peniaga wanita berputih mata apabila bukan hanya hilang barang kemas bernilai RM50,000, malah batu permata yang diharap mampu melariskan perniagaannya hanyalah batu dan pasir sahaja.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian pukul 11.20 pagi di Pekan Sehari Kampung Renek, dekat Jerteh, Sabtu lepas, mangsa yang berusia 53 tahun, didatangi dua lelaki yang berpura-pura mencari rumah seorang yang bernama 'Haji Hamid'.

Katanya, selepas mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki yang dicari mereka, seorang daripada suspek menunjukkan dua batu permata yang didakwa boleh mengubat pelbagai jenis penyakit serta melariskan perniagaan.

"Suspek seterusnya meminta wang kertas RM1 daripada mangsa untuk membungkus batu permata itu dan memberitahu mangsa yang beliau tidak boleh menggunakan batu permata itu jika memakai barang kemas pada badannya," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Mangsa yang tertarik dengan tawaran suspek telah diberikan sampul surat untuk dimasukkan semua barang kemas yang dipakainya.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa berjalan 10 langkah ke hadapan dan menasihatinya mengambil wuduk sebelum memakai semula barang kemasnya yang didakwa suspek telah dimasukkan ke dalam sampul surat berkenaan bersama batu permata itu.

"Barang kemas kepunyaan mangsa ialah dua gelang tangan emas, dua rantai emas bersama loket dan dua cincin emas yang kesemuanya bernilai RM50,000," katanya.

Mohd Zamri berkata, sebaik tiba di rumah, mangsa telah mengambil air sembahyang untuk memakai semula barang kemasnya tetapi terkejut apabila membuka sampul surat itu kerana hanya mengandungi batu dan pasir sahaja.

"Apabila menyedari telah tertipu, mangsa kemudiannya ke Balai Polis Jerteh untuk membuat laporan," katanya.

Mohd Zamri berkata polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain