suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri Serah Diri Bantu Siasatan Kes Pukul Tiga Pekerja

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri yang dikehendaki polis kerana didakwa memukul tiga pekerja mereka di sebuah asrama di Fortune Perdana, Kepong pada 8 Mei lepas, menyerah diri, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata pasangan berusia 30-an itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, pada pukul 8 malam manakala isterinya pada pukul 4.30 petang.

"Kedua-dua suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Pada 9 Mei lepas, polis menerima laporan daripada seorang pekerja wanita berusia 28 tahun yang mendakwa dia dan dua wanita rakan sekerjanya dipukul majikan mereka menggunakan kayu sehingga cedera.

Semalam, Munusamy berkata kedua-dua suspek yang menjalankan perniagaan secara dalam talian, telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.

Suspek turut didakwa bertindak kejam dengan merakamkan gambar bogel mangsa dipercayai untuk dieksploitasikan, kata Munusamy.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu dikatakan memukul ketiga-tiga mangsa kerana menuduh mereka mencuri wang syarikat sebanyak RM18,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.

kes pukul, ACP R. Munusamy

Artikel Lain