suria

Tiga Maut Myvi Dihimpit Treler, Lori Dekat Ipoh

Kemalangan di Jalan Lahat, Kampung Kepayang, dekat Ipoh, Selasa. -foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
IPOH: Tiga maut manakala seorang parah apabila kereta  Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Lahat, Kampung Kepayang dekat sini, Selasa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abd Razak Shaari berkata kemalangan kira-kira 1 petang itu turut melibatkan, masing-masing  sebuah treler dan lori.

Katanya, beliau difahamkan, semasa kejadian Perodua Myvi tersebut dalam perjalanan dari Puchong, Selangor ke Sitiawan.

"Kereta berkenaan berada di tengah-tengah dengan sebuah treler 14 tayar di belakang Perodua Myvi, manakala sebuah lori di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abd Razak berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemalangan, mengesahkan tiga mangsa - dua wanita dan seorang lelaki - maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi lelaki parah setelah kesemua mereka tersepit di tempat duduk masing-masing.

Pemandu lori dan treler itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

kemalangan, Abd Razak Shaari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain