Sekurang-Kurangnya Lima Aermacchi MB-339 TUDM Terlibat Nahas Sejak Mula Digunakan

Pesawat Aermacchi MB339CM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) remuk terdampar selepas terhempas di Kampung Serum, Pekan, Selasa. Pesawat yang berpengkalan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan ini dilaporkan mengalami masalah teknikal ketika juruterbang membuat penerbangan latihan jam 12.54 tengahari. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima nahas melibatkan pesawat latihan Aermacchi MB-339 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan sejak ia mula digunakan pada 1983, dengan kesemua juruterbang terselamat.

Sebelum kejadian terbaru pada 12.54 tengah hari ini, yang menyaksikan pesawat jenis itu terhempas berhampiran Nenasi, Pahang, nahas pertama direkodkan pada 14 Disember 1995 apabila pesawat buatan Itali itu terbabas ketika mendarat di Pangkalan Udara Butterworth.

Menurut laporan berita, empat bulan kemudian, iaitu pada 15 April 1996, sebuah pesawat serupa yang sedang digunakan dalam latihan, terhempas berhampiran Pulau Yu di Johor kerana masalah teknikal.

Kejadian ketiga berlaku pada 27 Oktober 1998 di kawasan hutan simpan Piah, Perak, manakala nahas keempat pada 23 Jan 2002 apabila pesawat jenis itu terhempas berhampiran Empangan Air Kala di Gerik, Perak.

Menurut rekod, TUDM mempunyai 18 pesawat Aermacchi MB-339.

Laporan berita juga menyebut bahawa TUDM menerima lapan unit terakhir daripada jenis baharu pesawat itu pada 2 Disember 2009.

Jet itu merupakan pesawat latihan termaju digunakan TUDM bagi melatih juruterbang jet pejuangnya untuk mengendalikan pesawat pejuang generasi baharu yang dilengkapi sistem avoinik termaju.

Ia dilengkapi sistem avoinik canggih bersama antara muka manusia-mesin, termasuk 'Head-Up Display' dan tiga Paparan Pelbagai Fungsi di dalam kokpit depan dan belakang.

Pesawat itu juga dilengkapi perisian bagi menyerupai senario operasi bersifat kompleks.

jet TUDM, Aermacchi MB-339

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain