suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Banyak Habiskan Masa Dalam Kesesakan Lalu Lintas - Ford

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia makin banyak menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas daripada masa setahun lalu, menurut tinjauan online oleh Ford, pembuat kereta global.

Syarikat itu berkata daripada 1,050 responden Malaysia, 55 peratus berkata mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas.

"Lebih dari satu dari setiap lima orang berkata perjalanan mereka dalam kenderaan merupakan saat yang paling teruk dalam sehari," kata Ford dalam satu kenyataan, Selasa.

Syarikat itu berkata pengguna kenderaan harian adalah yang kedua paling berkemungkinan melaporkan peningkatan kos perjalanan mereka dari setahun lalu, 75 peratus hanya di belakang Hong Kong, dengan harga minyak paling kerap disebut sebagai penyebabnya.

Ia menyatakan tinjauan itu di Asia Pasifik dikendalikan oleh GlobalWebIndex bagi pihak Ford Motor Company.

Sejumlah 12,619 pengguna menjalani tinjauan itu merentasi 12 pasaran iaitu Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, India, Indonesia, New Zealand, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Tinjauan itu selesai pada Januari.
Ford, trafik sesak

Artikel Lain