suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Cemas Van Dinaiki Terbakar Di Lebuhraya Karak

- Gambar hiasan
KUANTAN: Empat pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah Pekan, berhadapan detik cemas apabila van yang dinaiki terbakar di Kilometer 48.3 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata pelajar berkenaan Abdul Helmi Mohd Hanafiah, Mohd Mujid Mohd Noor, Abd Rahman Sazlan dan Mohd Hafif Nor Hamizi, masing-masing 17 tahun dalam perjalanan ke Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri Festival Bahasa Arab.

"Kejadian berlaku pada pukul 5.10 petang dan pemandu van Nor Hisyam Zulkifli, 33, menyedari van jenis Kia Pregio itu berasap di bahagian tayar hadapan sebelah kanan van.

"Bagaimanapun pemandu dan penumpang berjaya menyelamatkan diri dan pelajar berkenaan meneruskan perjalanan dengan sebuah kenderaan lain," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, malam Selasa.

Difahamkan pelajar itu tidak sempat menyelamatkan beg pakaian mereka dalam van berkenaan.

Festival dua hari itu bermula hari ini.


Artikel Lain