suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Tahan Dua Rakyat Malaysia, Rampas Heroin, 'Ice'

- Gambar hiasan
SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia ditahan berkaitan  rampasan heroin dan methamphetamine atau 'ice' bernilai kira-kira S$282,000 (RM831,900) daripada lori berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin.

Dadah itu dijumpai tersorok dalam ruang di belakang kerusi penumpang lori itu semasa berhenti untuk pemeriksaan oleh pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) pada kira-kira 4.50 pagi ini.

Dalam kenyataan bersama Selasa, ICA dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata lori yang dipandu lelaki berumur 33 tahun dan kelindan berumur 27 tahun itu membawa muatan baldi dan tin.

Menurutnya dadah yang dirampas itu terdiri daripada 2,780 gram heroin tulen dan 480 gram 'ice'.

Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) memperuntukkan hukuman mati jika amaun diamorphine (atau heroin tulen) yang diseludup melebihi 15 gram.
MDA juga menetapkan hukuman mati jika amaun methamphetamine yang diseludup melebihi 250 gram. 

Artikel Lain