suria

Anggota Polis Baharu Perlu Jalani Ujian Integriti - KPN

KUALA LUMPUR: Ujian psikometrik akan dilakukan kepada semua pengambilan rekrut baharu sebelum diserap sebagai anggota.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ujian itu dikenali sebagai 'Malaysian Integrity Test' (MIT)  adalah satu langkah proaktif untuk memupuk prestasi tinggi, integriti dan dinamik di kalangan kakitangannya.

"MIT adalah alat penilaian yang telah diguna oleh polis dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran MIT di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Selasa.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri.

Khalid berkata, ujian ini telah dilaksanakan sejak tahun lalu dan ia adalah satu kaedah yang sangat baik untuk menilai etika kerja dan tingkah laku rekrut.

"Ini bermakna hanya mereka yang benar-benar berwibawa akan dipertimbangkan dan ia juga akan membantu  mengenal pasti kualiti kepimpinan dan kredibiliti calon," jelasnya.

PDRM, Khalid Abu Bakar, MIT

Artikel Berikut

Artikel Lain