suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Pantau Kegiatan Curi Harumanis

Pengusaha kebun harumanis di Perlis berhadapan ancaman hasil tanaman dicuri. Gambar Hiasan

KANGAR: Pihak polis giat memantau kegiatan mencuri mempelam harumanis yang meningkat setiap musim, kata Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Noor Mushar Muhammad.

Beliau berkata walaupun baru menerima satu laporan yang berlaku di sebuah kebun di Simpang Empat pada Mac lepas, namun tindakan proaktif perlu dilakukan.

"Ketua polis perlis telah mengarahkan rondaan dan kawalan di kawasan kebun pemilik di seluruh negeri di pertingkat selain mengadakan perjumpaan dengan pemilik kebun.

"Kita berharap tindakan ini dapat membendung kes kecurian dalam usaha memelihara mata pencarian pengusaha kebun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Hari Polis Ke-209 di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini, Selasa.

Seramai 150 anggota menderma darah bagi mengisi Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain