suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Tahun Satu Maut Dipatuk Ular

KOTA BARU: Seorang murid Tahun Satu meninggal dunia selepas tiba-tiba pengsan disekolahnya dipercayai akibat dipatuk ular.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi Selasa di Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim itu, Nuriey Nadirah Ruslan pengsan ketika waktu rehat.

Keadaaanya yang lemah itu menyebabkan pihak sekolah segera membawanya ke klinik kerajaan berhampiran, sebelum murid berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia.

Menurut ibunya, Wan Izatul Azman Wan Mohamad, 29, dia menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah pada 9.21 pagi memaklumkan anaknya pengsan di kelas.

"Ketika diberitahu akan saya pengsan, saya bingung kerana anak perempuan saya seorang yang sihat dan aktif. 

"Sebaik tiba di klinik, saya diberitahu ada kesan dipatuk ular pada betis kirinya," katanya.

Dipercayai ular itu memasuki kawasan sekolah yang sedang dibangunkan sebelum ke kawasan taman di pekarangan sekolah itu.


Artikel Berikut

Artikel Lain