suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wujud Undang-Undang Mengenai Pornografi Kanak-Kanak, Kahwin Bawah Umur - Suhakam

Tan Sri Hasmy Agam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada Isnin menggesa kerajaan memperkenalkan peruntukan khusus berkenaan pornografi kanak-kanak dan perkahwinan bawah umur.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata pada masa ini tiada undang-undang jenayah tertentu di negara ini untuk menampung secara holistik isu pornografi kanak-kanak, selain tiadanya peruntukan untuk melarang perkahwinan di bawah umur 18 tahun.

"Suruhanjaya menggesa Kerajaan mempertimbang untuk memperkenalkan peruntukan khusus di bawah Akta Kanak-Kanak atau Kanun Keseksaan bagi menangani isu pornografi kanak-kanak. 
Ini mengambil kira obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Protokol Pilihan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Terhadap Penjualan, Pelacuran dan Pornografi Kanak-Kanak 2000, katanya.

"Suruhanjaya juga menggesa Kerajaan untuk meminda semua undang-undang tempatan supaya menaikkan umur sah berkahwin untuk semua orang kepada 18 tahun, selaras pematuhan Akta Kanak-Kanak yang mentakrifkan kanak-kanak adalah di bawah usia 18 tahun," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Suhakam turut menyambut baik pindaan komprehensif Akta Kanak-Kanak 2001 yang antara lain menggantikan hukuman sebat terhadap kanak-kanak lelaki dengan khidmat masyarakat.

Bagaimanapun, Suruhanjaya itu menzahirkan rasa bimbang terhadap pengekalan hukuman rotan di sekolah yang terkandung dalam pindaan akta itu yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Hukuman sebat bukan sahaja merupakan hukuman yang kejam, tetapi juga melanggar hak kanak-kanak dan bercanggah dengan prinsip CRC.


"CRC menghendaki negara anggota melindungi kanak-kanak dari segi layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah," katanya.

Artikel Lain