suria

Ulama Islam Pertahan Dr Zakir

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA: Beberapa ulama Islam tampil mempertahankan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, selepas satu program di Melaka melibatkan dirinya telah dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan negeri telah membuka pintunya kepada Dr Zakir dengan persetujuan Raja Muda Perlis.

"Alhamdulillah, saya telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menjemput Dr Zakir Naik ke Perlis.

"Oleh itu jika ceramah beliau di Melaka digagalkan, in sha Allah Perlis terbuka untuk beliau," katanya menerusi laman Facebooknya, petang Isnin.

Dr Asri berkata beliau telah bercakap dengan pihak penganjur dan akan menunggu perkembangan selanjutnya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Dr Zakir sebagai tokoh Islam terkemuka.

"Setakat yang saya tahu, beliau adalah seorang Muslim yang mengamalkan Islam dan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

"Kepakaran beliau adalah dalam perbandingan agama, dan beliau terbuka kepada soalan-soalan mengenai sifat Islam. Sebab itulah yang menjadikannya dirinya salah seorang tokoh Islam terkemuka dalam hal-hal agama," katanya dalam satu kenyataan.

Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) sebelum ini telah membatalkan ceramah Dr Zakir berikutan arahan oleh pihak polis.

Beberapa laporan polis juga telah dibuat terhadap pihak penganjur kerana menjemput Dr Zakir, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, kerana didakwa merendah-rendahkan agama lain.

Artikel Lain