suria

Guna Skype Jika Pemimpin Pembangkang Disekat Masuk Sarawak

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA: 'Skype' akan digunakan jika pemimpin Pakatan Harapan dihalang daripada memasuki Sarawak bagi membantu kempen pilihan raya negeri akan datang, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Skype sentiasa ada," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang itu selepas mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu di Ibu Pejabat PKR, di sini, Isnin.

Mengenai larangan kemasukan, Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pemimpin Pakatan dan pemegang jawatan pegawai berada dalam senarai hitam Jabatan Imigresen.

Ditanya sama ada mereka boleh menang pilihan raya negeri, Wan Azizah berkata beliau akan menunggu untuk melihat realiti di kalangan pengundi.

Sementara itu Bernama melaporakan bahawa Pakatan Harapan belum memutuskan senarai calon kerana masih memperincikannya.

Dr Wan Azizah berkata senarai calon telah dibincang pada mesyuarat hari ini tetapi hanya akan diumumkan kemudian.

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.


"Kami juga mencapai persetujuan supaya tiada berlaku pertindihan calon bagi kerusi-kerusi yang ditandingi," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain