suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan AirAsia Indonesia Mendarat Tanpa Bagasi Penumpang

PETALING JAYA: Penumpang penerbangan AirAsia Indonesia QZ 535 dari Perth, Australia yang tiba di Denpasar, Bali pada Sabtu mendapati syarikat penerbangan itu telah mengeluarkan kebanyakan daripada bagasi mereka bagi mematuhi peraturan berat yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia Indonesia menjelaskan bahawa bagasi itu diturunkan kerana penutupan landasan telah memaksa pesawat itu berlepas dari landasan yang lebih pendek.

"AirAsia ingin memaklumkan bahawa disebabkan penutupan landasan di Lapangan Terbang Perth pada 9 April 2016, penerbangan QZ535 telah berlepas dari Perth ke Denpasar dari landasan yang lebih pendek.

"Dalam usaha mengambil kira had berat yang dihadkan, 104 buah bagasi yang didaftar masuk telah diturunkan daripada pesawat sebelum berlepas," kata kenyataan itu.

Dilaporkan bahawa penumpang tidak dimaklumkan bahawa bagasi mereka telah dialihkan dan hanya mengetahui mengenai apa yang telah berlaku di lapangan terbang di Denpasar.

Kenyataan itu menambah bahawa bagasi-bagasi itu telah dimuatkan ke penerbangan lain pada hari yang sama dan telah diserahkan kepada penumpang pada awal hari Ahad.

bagasi, AirAsia Indonesia, QZ 535

Artikel Lain