suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khaled Rekod Prestasi Cemerlang Sebagai MB Johor - Dr Wee

Dr Wee Ka Siong.

PETALING JAYA: Tidak ada sebab untuk menggulingkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana beliau mempamerkan prestasi cemerlang sebagai Menteri Besar Johor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, Khaled merekodkan prestasi kerja yang baik terutamanya dalam menarik pelaburan asing ke negeri ini selain mempunyai hubungan baik dengan rakyat Johor.

Dr Wee yang juga Pengerusi MCA Johor menafikan dakwaan yang disebarkan melalui Facebook bahawa wujud kelompok untuk menggulingkan Khaled.

Menurut kenyataan tersebut, sekiranya rancangan itu berjaya jawatan Khaled akan digantikan oleh seorang timbalan menteri.

Dr Wee bagaimanapun menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak logik dan tiada asasnya.

"Hanya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang boleh menjadi menteri besar," katanya dalam satu sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Brecon Synergy dan 1541 Ltd di sini pagi Khamis.

Perjanjian itu akan menyaksikan penubuhan Kolej King Henry VIII di Cyberjaya.

Kolej tersebut yang dijadualkan dibuka pada 2018 akan memenuhi keperluan pelajar yang berumur antara tujuh dan 18 tahun.

Artikel Lain