suria

Guan Eng Sahut Cabaran Debat Terbuka Dengan Abdul Rahman

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyahut cabaran debat terbuka dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung kontroversi dan dakwaan rasuah membabitkan isu hartanah di negeri itu.

Guan Eng berkata beliau juga bersedia mengadakan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu secara siaran langsung.

"Saya menerima cabaran beliau untuk membahaskan isu Taman Manggis. Saya akan menunggu beliau.

"Saya sedia berdebat dengan beliau walaupun saya tidak mempunyai dokumen yang didakwa ada dimiliknya. Saya akan menunggu masa dan tempat yang dicadangkannya," kata Guan Eng kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata Guan Eng mempunyai 'idea yang lucu' kerana mahu mengajak beliau untuk minum kopi bersama.

Guan Eng bagaimanapun menafikan mengeluarkan sebarang jemputan.

"Saya harap Abdul Rahman tidak bermimpi. Saya tidak pernah menjemput beliau untuk minum kopi bersama," katanya.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain