suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penahanan Rafizi Ikut Undang-Undang: Ahmad Zahid

Rafizi Rditahan reman tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia di Mahkamah Majistret Putrajaya. - fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Tindakan polis menahan Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di luar bangunan Parlimen Selasa lepas adalah mengikut undang-undang sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan menahan Rafizi itu menyalahi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membuat keputusan pada Khamis bagi menjawab segala persoalan itu.

"Saya yakin keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini akan menjawab semua persoalan itu.

"Saya yakin tindakan yang dilakukan oleh polis berdasarkan undang-undang sedia ada dan telah diluluskan oleh anggota Parlimen yang dahulu atau yang sekarang," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis.

Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang dua hari lepas sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini, LTAT dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaannya mengenai pembayaran gratuiti kepada veteran LTAT.

Pengerusi LTAT Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata dakwaan Rafizi itu adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain