Harga Kenderaan Turun Sehingga 30 Peratus Menjelang 2018 - Semasa | mStar

Harga Kenderaan Turun Sehingga 30 Peratus Menjelang 2018

KUALA LUMPUR: Harga kenderaan akan mengalami penurunan sehingga 30 peratus menjelang 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata kerajaan komited terhadap manifesto yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi menurunkan harga kenderaan secara berperingkat 20 hingga 30 peratus menjelang tempoh berkenaan.

"Sehubungan itu pelbagai usaha telah dijalankan termasuk pemberian insentif dan pengurangan jumlah duti eksais yang perlu dibayar kepada syarikat-syarikat pengeluar kereta yang terlibat dalam aktiviti nilai tambah automotif tempatan.

"Insentif-insetif ini dilihat membuahkan hasil apabila jumlah pengurangan (harga kenderaan) dicatat pada tahun 2013 sebanyak tiga peratus, diikuti 2014 sebanyak tujuh peratus dan pada tahun lalu sebanyak 2.7 peratus," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

Lim mahu kerajaan menyatakan status janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta kebangsaan dan mengurangkan kadar tol yang dibuat pada PRU13 lalu.

Mengenai kadar tol, Azalina berkata kerajaan sejak tahun 2008 telah mula berunding dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi mengurangkan beban kewangan tol yang ditanggung oleh pengguna.

Beliau berkata rundingan tersebut bertujuan mencari mekanisme terbaik bagi meringankan beban tol dengan mengambil kira pendekatan 'menang-menang' kepada semua pihak terlibat iaitu kerajaan, syarikat konsesi, pelabur dan juga pengguna.

"Antara pencapaian dari rundingan tersebut termasuk menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya negara ini sejak lapan tahun lalu iaitu dari tahun 2008 hingga 14 Oktober tahun lalu, memansuhkan kutipan tol dan menutup lebih awal lapan plaza tol di lebuh raya serta mengurangkan kadar tol di tiga konsesi lebuh raya," katanya.

Beliau berkata ia juga termasuk menstruktur semula kadar tol untuk lebuh raya di bawah PLUS Malaysia Berhad dan Kumpulan ANIH Berhad serta menambah baik klausa-klausa dalam perjanjian konsesi termasuk memperuntukan klausa Mekanisme Semakan Semula Tol - ia menyebabkan kenaikan kadar tol tidak lagi dibenarkan secara automatik. - BERNAMA

harga kereta , Azalina Othman Said

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain