suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PetroSaudi Bukan Milik Kerajaan Arab Saudi

KUALA LUMPUR: PetroSaudi International Ltd tidak ditubuhkan pada tahun 2000 dan bukan milik kerajaan Arab Saudi sebagaimana yang dinyatakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang.

"Maklumat oleh Tang itu turut diakui beberapa ahli lembaga pengarah 1MDB dan bekas ahli lembaga pengarah 1MDB semasa memberi keterangan di hadapan PAC pada Jun 2015," kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Khamis.

Menurut PAC, ia tidak dapat mengesahkan sama ada PetroSaudi International Ltd sebenarnya dimiliki Raja Abdullah atau kerajaan Arab Saudi.

"Pemeriksaan daripada laman web PetroSaudi International Ltd mendapati bahawa syarikat itu hanya ditubuhkan pada 2005 dan merupakan sebuah syarikat persendirian tanpa ada kaitan dengan kerajaan Arab Saudi.

"Pemeriksaan PAC mendapati Tarek Obaid merupakan pengarah tunggal PetroSaudi International Ltd berdasarkan "Written Resolution of the Sole Director of the Company". Oleh itu, kenyataan Tang didapati tidak tepat," kata PAC dalam laporannya mengenai 1MDB.

Artikel Lain