suria

Hanya Sejumlah Kecil Peroleh Biasiswa Pengajian Luar Negara

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Sejumlah besar pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh melupakan hasrat untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka luar negara.

Ini kerana mereka perlu melakukannya di universiti tempatan.

Menurut JPA, pilihan pengajian di luar negara hanya dikhaskan untuk 20 pelajar terbaik.

Seorang jurucakap yang merupakan pegawai kanan JPA dalam taklimat media pada Selasa memberitahu bahawa hanya 20 pelajar terbaik akan dibenarkan untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di luar negara dan menyertai perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.

"Ia merupakan rancangan jangka panjang bagi memberi suntikan kepada perkhidmatan awam dengan graduan berkualiti, yang bakal menjadi penjawat awam berkualiti.

"Mereka akan dilatih untuk menjadi pemimpin generasi akan datang bagi perkhidmatan awam," kata jurucakap itu.

Beliuau berkata, seramai 200 pelajar terbaik lain akan mendapat tempat di bawah Program Kejuruteraan Khas tetapi hanya dibenarkan melanjutkan pengajian di Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.

Mengenai peraturan pembiayaan baharu itu, jurucakap tersebut berkata, pengajian di universiti awam dan swasta tempatan akan diberikan keutamaan.

"Kita tidak boleh membiarkan semua pelajar terbaik kita belajar di luar negara kerana ia tidak mencerminkan matalamat untuk mempunyai pelajar terbaik di universiti tempatan," katanya.

Pada tahun ini, hanya 250 pelajar yang mempunyai gred 9A+ bagi SPM dari 2015 akan ditawarkan pembiayaan menerusi program biasiswa untuk berlajar di universiti tempatan.

Bagi sejumlah 744 pelajar yang layak untuk program dermasiswa pada 2013 dan 2014, dan berharap untuk melanjutkan pengajian di luar negara, mereka tidak akan melakukan ijazah mereka di universiti awam dan swasta tempatan.

Jurucakap itu menasihatkan supaya 744 pelajar terbabit tidak berkecil hati.

"Anda tidak boleh dapat semua sepanjang masa, seperti semua orang yang mahu jadi CEO tetapi ia adalah mustahil," katanya.

"Fokus sekarang adalah untuk membiayai lebih ramai pelajar untuk pengajian di universiti ini. Kualiti universiti kita perlu dipertingkatkan," tambahnya.

Menegaskan bahawa kerajaan berusaha sehabis baik untuk menawarkan biasiswa sebanyak mungkin menerusi RM1.65 bilion yang diperuntukkan, jurucakap itu berkata, terdapat juga peruntukan tambahan RM160 juta yang diluluskan di bawah Bajet 2016 yang disemak semula bagi membiayai kumpulan pelajar tahun ini.

Jumlah itu diumumkan semasa pengubahsuaian Bajet 2016 pada Januari lalu, yang dapat membiayai 49,060 pelajar dengan 41,324 (84 peratus) akan melanjutkan pengajian di universiti tempatan, manakala baki 7,736 di luar negara.

Beliau berkata, antara kriteria yang menjadi panduan JPA dalam proses pemilihan ialah merit dan latar belakang sosioekonomi pemohon, selain pencapaian gred dan kokurilum.

Ia menumpukan empat teras utama iaitu merit dan inklusif, fokus kepada golo­ngan B40, M40, Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

B40 merujuk kepada keluarga golongan berpendapatan B40 atau 40 peratus rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah bulan di bawah RM3,860, manakala M40 merujuk kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan sehingga RM8,319.

Beliau berkata, beribu-ribu pelajar dari keluarga B40 akan ditawarkan Dermasiswa B40 untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di universiti tempatan dan politeknik, termasuk Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

Sebanyak 7,000 pelajar universiti yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swatas akan terus mendapat manfaat daripada pembiayaan PSD.

Jurucakap berkenaan berkata, satu taklimat khas mengenai calon dermasiswa untuk sesi 2013/2014/2015 akan diadakan tidak lama lagi.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari di laman web esilav2.jpa.gov.my atau hubungi 03-88853603/3777/3398.

JPA, biasiswa

Artikel Lain