suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Ditikam Pesakit Mental

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas ditikam di sebuah kedai makan di Pengkalan Weld, Gat Lebuh Macallum, Selasa.

Lim Cheong Wah, 58, ditemui dalam keadaan cedera parah dengan sebilah pisau tertusuk di sebelah kanan tengkuknya dalam kejadian pada 7 malam Isnin dan mangsa meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang tinggal di sekitar kawasan Macallum dilaporkan tidak bekerja.

Susulan itu, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun tidak jauh daripada kedai makan berkenaan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit dipercayai pesakit mental,"katanya.-Bernama

Mati ditikam

Artikel Lain