suria

HSBC Ditutup Secara Berperingkat Di Brunei

KUALA LUMPUR: Susulan kajian semula strategik, HSBC akan menutup secara berperingkat operasinya di Brunei, yang terdiri daripada perkhidmatan runcit, komersial dan perbankan global.

Proses penutupan berperingkat operasi itu bermula Rabu dan selepas itu HSBC Brunei tidak akan lagi mengambil apa-apa akaun, kemudahan atau perniagaan baharu, kata HSBC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Ini merupakan sebahagian daripada kajian semula perniagaan global kumpulan itu dan merupakan satu langkah penting dalam matlamat HSBC untuk mengoptimumkan rangkaian globalnya dan mengurangkan kerumitan yang dinyatakan semasa HSBC Investor Update pada 9 Jun, 2015. 

"Bagi meminimumkan kesan atau kesulitan kepada pelanggan kami, proses itu akan dihentikan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa dan HSBC Brunei akan memastikan semua obligasi sedia ada kepada pelanggan dipenuhi," kata bank itu. 

HSBC Brunei akan berkomunikasi dengan setiap pelanggannya pada bulan-bulanakan datang untuk menyediakan butiran terperinci dan keperluan berkaitan dengan perkhidmatan dan akaun mereka dengan bank itu. 

Kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu akan dilayan dengan adil dan sejajar dengan nilai-nilai keperluan berkanun kumpulan itu, kata HSBC.  -Bernama

HSBC Brunei, tutup

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain