suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halang Perkahwinan Usia Muda Hanya Galak Seks Di Kalangan Remaja

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen PAS mempertahankan perkahwinan usia muda, dengan menyatakan tindakan menghalangnya hanya akan menggalakkan hubungan seks sebelum kahwin di kalangan mereka di bawah umur.

Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) berkata remaja di bawah umur 16 tahun sudah mempunyai nafsu seksual.

"Jika kita menghalang mereka daripada berkahwin (muda), mereka perlu manahan nafsu ini atau akan melakukan hubungan seks luar nikah.

"Adakah anda bersetuju dengan remaja yang melakukan hubungan seks sebelum kahwin?" beliau bertanya kepada Teo Nie Ching (DAP-Kulai) ketika membahaskan rang undang-undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Nie Ching yang marah telah bertanya kepada Nik Mazian jika beliau tahu takrif rogol berkanun.

"Mengadakan hubungan seks dengan seseorang di bawah umur 16 tahun adalah kes rogol berkanun. Bagaimana kita boleh membenarkan kanak-kanak berkahwin dengan perogol?

"Apa yang penting adalah pendidikan," katanya, merujuk kepada kes pada 2013 di mana seorang pengurus restoran merogol seorang remaja yang kemudian berkahwin dengannya.

Pengurus berusia 40 tahun didapati bersalah merogol gadis berusia 13 tahun di dalam kereta yang diparkir di Inanam, Sabah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain