suria

OSA: Rafizi Ditahan Sebaik Keluar Parlimen

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ditahan polis sejurus keluar Parlimen selepas sesi persidangan Dewan Rakyat pada petang Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi tweet beliau mengesahkan penahanan itu mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya masih mendapatkan maklumat berhubung penahanan Naib Presiden serta Setiausaha Agung parti itu.

"Peguam Rafizi juga sedang berusaha mengesahkan lokasi beliau berada pada waktu ini," katanya menerusi kenyataan ringkas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin turut menyampaikan maklumat sama menerusi aplikasi WhatsApp.

"Dimaklumkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan polis sebaik saja keluar dari Parlimen sebentar tadi.

"Menurut maklumat beliau akan dibawa ke Bukit Aman," katanya.

Pada Isnin, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi kenyataanya memaklumkan pihaknya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, langkah itu diambil kerana jelas tuntutan yang dibuat Rafizi adalah fitnah dan berniat jahat serta bertujuan untuk memusnahkan reputasi baik serta kredibiliti LTAT.

Rafizi Ramli, OSA, Bukit Aman, Parlimen, LTAT

Artikel Sebelum

Artikel Lain