suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tekad Teruskan Perjuangan Tun Razak Majukan Sarawak

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan perjuangan ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bersama-sama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem supaya anak-anak Sarawak akan terus maju seiring arus pembangunan negara.

Perdana Menteri yang melancarkan pameran khas bagi mengenang ayahandanya di pusat beli-belah The Spring, Kuching, semalam berkata beliau terkenangkan usaha Tun Razak membangunkan Sarawak apabila melihat koleksi gambar dalam pameran itu.

"Melihat gambar-gambar ini, teringat saya kepada usaha ayahanda Allahyarham Tun Razak yang bersama-sama Barisan Nasional Sarawak membangunkan negeri ini dan memastikan bumi kenyalang terus makmur dalam Malaysia.

"Terima kasih Yayasan Cemerlang dan Jabatan Muzium Negeri Sarawak yang menganjurkan Pameran Khas Memperingati Tun Abdul Razak ini," katanya dalam laman Facebook dan Twitter beliau Isnin.

Pameran berkenaan dari semalam hingga 3 Mei ini memperlihatkan sesetengah detik bersejarah Tun Razak ketika melawat Sarawak sekitar tahun 70-an.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain