suria

Laluan LRT Kelana Jaya Terganggu Pagi Tadi

KUALA LUMPUR: Rapid KL berkata terdapat gangguan pada perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pagi Isnin.

Masalah berkenaan dilapor berlaku pada pukul 7 pagi dan sistemnya kembali stabil secara berperingkat sejam kemudian.

Dalam satu kenyataan, Rapid KL berkata ekoran gangguan operasi yang berlaku  pada waktu puncak, para penumpang terpaksa menunggu ketibaan tren dalam masa lebih lama.

"Rapid KL terpaksa mengurangkan separuh daripada jumlah tren yang beroperasi di laluan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu Rapid KL memohon maaf kepada pengguna berhubung masalah  tersebut yang berpunca daripada sistem kawalan pergerakan tren.

Rapid KL, LRT, gangguan LRT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain