suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Sibu Fail Usul Tergempar Bahas Isu Penculikan

- Gambar hiasan
SIBU: Satu usul tergempar mengenai penculikan empat rakyat Sarawak telah difailkan di Dewan Rakyat pagi ini oleh Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP).

Ling berkata, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memberikan jawapan sama ada usul itu diluluskan untuk perbahasan atau sebaliknya pada Selasa.

"Saya telah memfailkan usul kes penculikan yang merupakan satu perkara serius kerana keselamatan di Zon Timur Sabah masih tidak stabil walaupun dengan penubuhan Esscom," katanya kepada The Star Online.

Ling berkata penculikan 'lagi dan lagi' tetap berlaku walaupun kerajaan berbelanja besar dalam aspek keselamatan dengan penubuhan Esscom.

Minggu lepas 10 warga Indonesia telah diculik oleh kumpulan bersenjata Filipina.

"Kerajaan juga telah meningkatkan peruntukan tetapi hasilnya mengecewakan. Kita perlu selesaikan masalah ini (penculikan)" katanya.

Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chi, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sarawak telah diculik daripada kapal tunda mereka MV Massive 6 yang dalam perjalanan pulang ke Tawau selepas menghantar kargo kayu balak di Manila sekitar pukul 6.15 petang Jumaat.
kes culik, perairan Sabah, Oscar Ling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain