suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mara Tidak Akan Kurang Jumlah Tajaan Pelajar

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan mengurangkan jumlah tajaan pelajarnya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.


Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bagaimanapun, Mara akan menjalankan kajian dan dasar baharu bagi memilih negara alternatif untuk menaja pelajar-pelajarnya berikutan keadaan ekonomi negara ketika ini.

Antaranya, beliau berkata Mara akan melihat kepada negara yang menpunyai kos sara hidup yang lebih rendah dan pada masa sama mempunyai kualiti pengajian dan pembelajaraan yang tinggi.


"Contohnya, kita kurangkan penghantaran pelajar di United Kingdom, sebaliknya menghantar pelajar ke negara lain seperti India kerana kos sara hidup lebih rendah," katanya menjawab soalan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun).


Katanya dalam masa yang sama, Mara juga melaksanakan program kerjasama antara Institusi Pendidikan Mara (IPMa) dan beberapa institusi awam dan swasta terpilih yang mempunyai rangkaian usahasama program dengan universiti di luar negara.

"Dahulunya, pelajar-pelajar akan dihantar terus ke luar negara untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di sana.

"Bagi menghadapi kekangan ekonomi semasa, pelajar-pelajar akan membuat persediaan di dalam negara selama dua tahun setengah dan seterusnya di universiti luar negara terpilih bagi program Ijazah Sarjana Muda," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain