suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beaufort Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

-fotoTHESTAR
KOTA KINABALU: Daerah Beaufort mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 161 setakat 8 pagi Isnin.

Menurut jurucakap stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, ketika dihubungi Bernama berkata kawasan Kota Kinabalu mencatatkan IPU 60, Keningau (58), Tawau (23) dan Sandakan (22).

Jurucakap berkenaan berkata pihak JAS Sabah telah membuka stesen pengawasan kualiti udara sementara di Beaufort bagi memantau keadaan jerebu dari masa ke semasa.

Hari ini sebanyak 77 buah sekolah di Beaufort, Membakut, Bisuluk, Papar, Bongawan dan Kuala Penyu ditutup kerana catatan IPU tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100  (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).


Sementara itu, menurut laman sesawang Jabatan Metereologi,Keningau setakat pagi ini merekodkan suhu 35.5 darjah selsius, Kota Kinabalu (34.1), Ranau (33.0), Sandakan (32.9), Tawau (32.0) dan Kudat (31.8).

IPU, daerah Beaufort, JAS Sabah

Artikel Lain