suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid: Rekod Imigresen Altantuya Dirahsiakan Kerana Kes Mahkamah

KUALA LUMPUR: Semakan rekod imigresen model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah dirahsiakan bagi mengelakkan perbicaraan kes berkenaan terjejas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin berkata, polis telah menyiasat rekod imigresen si mati.

"Kami mendapati bahawa terdapat pergerakan (perjalanan), jadi dokumen berkaitam digunakan untuk siasatan.

"Oleh itu, tidak ada keperluan untuk dokumen atau maklumat berkaitan didedahkan sehingga perbicaraan itu berakhir," katanya.

Beliau menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) yang mempersoalkan mengapa kerajaan menunggu sehingga Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa rekod imigresen Altantuya tidak dipadamkan.

Artikel Lain