suria

Panas Melampau: Sekolah Di Kedah, Perlis Diarah Tutup Dua Hari

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah ditutup selama dua hari bermula Selasa  berikutan cuaca panas melampau.

Arahan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini.

"Pengumuman lanjut akan dibuat berdasarkan keadaan cuaca semasa," katanya  kepada pemberita selepas menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, di sini.

Mahdzir berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Katanya, penutupan itu hanya membabitkan murid sahaja kerana arahan itu tertakluk kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). 

"Bagaimanapun, guru mesti menghadiri sekolah seperti biasa," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penutupan itu, pihak sekolah katanya, tidak perlu mengganti cuti terbabit.

Kementerian juga akan sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa jika sekolah di negeri lain turut mencatatkan suhu melampau melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.


Kedah, Perlis, Mahdzir Khalid

Artikel Lain