suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang Akan Rayu Keputusan Speaker Usul Pecat Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Pembangkang akan mengemukakan rayuan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung keputusan menolak usul yang meminta penyingkiran Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian pada sidang media di Parlimen di sini, Khamis.

"Usul undi tidak percaya terhadap Peguam Negara ini dibuat oleh kami, jika diluluskan oleh Parlimen ia akan membantu Perdana Menteri memutuskan sama ada beliau mahu mengekalkan Mohamed Apandi atau tidak," katanya.

Pada Rabu, usul yang dikemukakan pembangkang untuk memecat Mohamed Apandi ditolak oleh Pandikar Amin.

Wan Azizah yang mengemukakan usul itu pada 21 Februari berkata usul berkenaan ditolak atas alasan bahawa ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pembangkang hilang keyakinan terhadap kredibiliti Mohamed Apandi berikutan keputusannya menutup kes kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Artikel Berikut

Artikel Lain