suria

Polis Tahan Bapa Rogol, Liwat Anak Kandung

JOHOR BAHARU: Polis menahan seorang bapa yang dilaporkan merogol dan meliwat anak kandungnya dalam kejadian di rumah sewa lelaki itu di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata suspek berusia 42 tahun itu menyerah diri di sebuah balai polis di sini kira-kira 7.30 malam Rabu
selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Katanya, mangsa merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Selangor telah dihantar ke rumah bapanya di sini pada 11 Mac untuk menjalani rawatan penyakit 'epilepsi' yang dihidapi mangsa.

Pelajar perempuan itu telah dijaga ibunya sejak bercerai dengan bapanya pada tahun 2006, katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata hasil soal siasat, ketika kejadian mangsa yang melawan telah diugut dengan sebilah pedang samurai manakala lelaki itu dipercayai mabuk.

Sulaiman berkata susulan kejadian itu, mangsa telah menghubungi ibunya pada keesokan paginya dan memberitahu tentang kejadian, sebelumnya ibunya datang mengambilnya dan membuat laporan polis.

Katanya polis akan mendapatkan perintah daripada mahkamah hari ini untuk menahan reman lelaki itu untuk siasatan mengikut Seksyen 376A/377C Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan seks luar tabii.

Mengikut kedua-dua seksyen itu, jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.-Bernama

Rogol, anak kandung, liwat

Artikel Lain