suria

Shahrir Mahu Tinggalkan Politik

Shahrir Samad

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad membayangkan akan meninggalkan bidang politik dan mahu menjadikan penggal ini sebagai yang terakhir baginya sebagai wakil rakyat.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu, Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata beliau berharap untuk menyerahkan tanggungjawab yang dipikulnya kini kepada orang yang lebih muda dan berupaya.

"Janji saya adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia. Saya sentiasa memberitahu semua orang bahawa mereka harus mempercayai golongan muda.

"Jika anda tidak boleh bertindak, maka apa gunanya bercakap? Saya tidak boleh menjadi seperti Lim Kit Siang," katanya.

Shahrir menambah bahawa beliau mempunyai rekod yang baik kerana bekas setiausaha politiknya kini adalah Menteri Besar Johor.

"Oleh itu, ini adalah peluang kepada saya untuk membenarkan seorang lagi personaliti muda untuk mengambil alih," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan terus dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata: "Saya harap tidak."

Katanya lagi beliau mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan selain politik.

"Anda fikir ini (politik) hanya hidup saya? Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan," katanya sambil ketawa.

Shahrir Samad, Umno, Barisan Nasional

Artikel Lain