suria

Hanipa: Selamat Berjaya Kepada PAS-Ikatan

Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemimpin PAS, mengucapkan selamat maju jaya kepada parti itu dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), namun menyifatkan kerjasama yang dijalinkan mereka sebagai sia-sia.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu tidak akan berguna kerana Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP masih menerima sokongan yang kuat.

"Selamat maju jaya kepada PAS. Sebenarnya PAS perlu berada dalam Pakatan Harapan tetapi masalahnya ialah tidak ada yang mahu berkawan dengan PAS," katanya kepada pemberita di luar Parlimen.

"PAS perlu menangani isu-isu seperti kerjasama dengan PKR dan juga pendirian mereka terhadap hudud," kata Hanipa yang kini bersama Amanah.

Tambah Hanipa, PAS perlu tahu sama ada Ikatan akan bersetuju untuk melaksanakan undang-undang Islam kerana itu adalah sebab utama kumpulan progresif dari parti berkenaan membentuk Amanah.

"Apabila PAS dalam Pakatan Rakyat, kita bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai hudud. Itulah sebabnya mereka menarik diri.

"Kini, ia tidak masuk akal untuk PAS bekerjasama dengan Ikatan," katanya.

Pada Rabu PAS mengumumkan bahawa ia akan membentuk satu blok pembangkang ketiga bersama Ikatan.

Sidang media di ibu pejabat PAS di sini turut dihadiri Presiden Ikatan Tan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain